Biodata Mustafa Kamal Ataturkm,Orang Yang Meruntuhkan Kerajaan Islam

531Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).


Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran dari arak sampai wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat berlawanan dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

Menggalakkan minum arak secara terbuka.

Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

Satu ucapan beliau di kota di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

Menggubah undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang tentaranya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh tentara itu.

Kematian Kamal Atartuk
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa tersiksa dan tak dapat menanggung siksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.

Pada 9 November 1938, beliau pingsan selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam musium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Setelah 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis usaha, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu kotak marmer beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

SITUASI TERKINI ACEH (11)biodata mustafa kemal ataturk (4)biografi kemal attaturk (3)kematian kamal atataruk (2)kematian kemal attaturk (2)biografi mustafa kemal ataturk agama (2)riwayat mustafa kamal (2)meninggalnya ataturk (2)mayat mustafa (1)muhammad kemal attaturk tidak diterima bumi (1)